Hampir memasuki 23 tahun ana menetap di bumi Allah ini. Selama itu jugalah ana membawa hati ana ke mana jua dalam keperitan,kesedihan,kegembiraan dan kesenangan. Secara tidak ana sedar, ana sudah menginjak ke alam dunia org berkerjaya. Semakin ana mengenali erti kehidupan semakin ana berasa kagum dengan kebesaran dan nikmat serta rahmat yang Allah s.w.t berikan pada hamba-hambaNya. Ana juga semakin mengenali personaliti orang-orang di sekeliling ana yang bermacam-macam. Bak kata pepatah, 'rambut sama hitam, hati lain-lain'.
Masa umur di awal remaja mudah sungguh terpengaruh dengan sogokan-sogokan hiburan duniawi yang sementara ini. Bila di kenang kembali sungguh lucu ketika berada di zaman muda remaja itu. Itulah kehidupan, ada masa kita muda, ada masa sampai kita menjadi dewasa dan menginjak dunia kematangan. Tapi masih cukupkah amalan di dunia ini yang boleh dijadikan bekalan di akhirat kelak? Apa sudahkah dikongsikan ilmu yang telah dipelajari kepada orang-orang yang memerlukannya? Apa cukup kuatkah iman yang ada untuk melawan nafsu syaitan yang ingin merosakkan hati dan iman?
Ya Allah..sungguh aku takut pada azabMu..peliharalah aku dari azab kuburMu dan azab nerakaMu..aku mohon padaMu moga diampunkan dosa-dosa ku..lembutkanlah hatiku dan permudahkanlah hatiku ini untuk memaafkan orang-orang di sekelilingku dan semoga mereka berasa senang bersamaku..juga Engkau lembutkanlah hati mereka agar dapat memaafkan ku jua...Ya Allah..bantulah aku untuk sentiasa mengingatiMu, bantulah aku untuk sentiasa mensyukuri nikmatMu dan bantulah aku untuk memperbaiki ibadah ku kepadaMu..hanya padaMu aku memohon pertolongan dan hanya padaMu aku berlindung Ya Allah...amin..amin ya rabbal amin..
Kadang-kadang ana merasakan hati ini sudah tidak mampu dijaga oleh ana lagi. Hati ini milik Allah dan ana rasa bersalah kerana tidak dapat menjaganya sebaik mungkin untuk terus mencintaiNya sedalam mungkin. Tetapi masih ada lagi kekuatan dalam diri ana untuk terus yakin dan kuat untuk menjaga hati ini dari dinodai perkara-perkara yang tidak elok. 'Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang tidak diketahui hambaNya' dan sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang tersemat dalam hati ana ini. Ana bersyukur kepadaNya kerana diberikan nikmat hati ini untuk lebih mendekati kepadaNya.
Ya Allah..jagalah hati ini agar sentiasa dipenuhi cintaku kepadaMu...dan jika aku jatuh cinta pada hambaMu, labuhkanlah cintaku pada yang melabuhkan cintanya padaMu..
Ana benar-benar merasa bersyukur padaNya kerana telah memberikan kesedaran pada diri ana untuk sentiasa mengingatiNya dalam apa jua perkara yang dilakukan hanyalah kerana Allah. Sungguh halus cara Allah untuk membenarkan seseorang itu berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah pada Allah yang mengurniakan ana akal dan pemikiran ini untuk ana mengislahkan diri ana.
Akhir sekali ana mohon ampun jika masih ada tulisan ana yang serba kekurangan untuk difahami. Tulisan ini hanyalah coretan hati ana untuk dikongsikan bersama anda apa yang ana alami dan rasai, semoga kita sebagai hambaNya sama-sama berubah ke arah yang lebih baik dan merebut redhaNya untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin..
No comments:
Post a Comment