Jika Ingin Cepat Kaya? Perbanyakkanlah Sedekah Kamu
"Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya ke jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah-lah yang menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan." al-Baqarah:245
Pada suatu ketika, Uthman bin Affan r.a., sahabat Nabi yang kaya raya, membacakan surah al-Kahfi: 82
"wa 'ammal jidaru fakana liqhulaa main fil madinati wakana tahtahu, kanzullahuma wakana abuhuma solihan fa'aroda rabbuka anyabluqhaa asyudda huma wayastaghrija kanzahuma rahmatammirrabbika wama fa'altuhu, 'an amri zalika ta'wilu malam tastiq'alaihi sobra (82)"
"Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu dan di bawahnya harta terpendam kepunyaan mereka dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka) dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya."
surah al-Kahfi: 82
Selesai membaca ayat ini, beliau menyatakan:"Aku hairan melihat tingkah laku manusia ini: PERTAMA, mereka tahu bahawa dunia ini akan binasa, tetapi mengapa mereka tidak berhenti mengejarnya. KEDUA, mereka faham bahawa segalanya berlaku menurut ketentuan Allah s.w.t., tetapi mengapa mereka mempersoalkan perkara yang telah tiada. KETIGA, mereka faham bahawa segalanya akan dihisab dan diminta bertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t., tetapi mengapa mereka masih lagi mengumpulkan dunia. KEEMPAT, mereka faham bahawa bagi orang yang derhaka akan disediakan neraka, tetapi mengapa mereka masih mengumpulkan dunia. KELIMA, mereka tahu balasan amal soleh itu syurga, tetapi mereka tetap malas melakukannya. KEENAM, mereka tahu syaitan itu musuhnya, tetapi mengapa mereka terus mengikutinya."
Wahai kaum seislam ku, marilah kita sama-sama renungkan ayat-ayat di atas. Adakah kita termasuk dalam golongan seperti yang dinyatakan oleh sahabat Nabi tersebut? Bukan hanya sekadar merenung ayat-ayat tersebut tetapi beramal lah kita dan bertindaklah kita kerana kita telah di anugerahkan aqal oleh Allah s.w.t. untuk kita sebagai khalifah Nya di dunia ini melakukan sesuatu yang ke arah kebaikan. Hal ini kerana manusia di bumi ini sering melakukan KEROSAKAN tetapi diberikan aqal untuk kita memilih antara yang baik dan buruk. Semoga kita sama-sama memperbaiki ibadah kita terhadap Allah s.w.t. Amin~
Renung-renungkan dan selamat beramal...