Sunday, 3 April 2011

Dream High

   A goal to aim. A goal to hold. But it have to go on with a long process/journey to reached it. Whenever, wherever and whatever step you take to make it smooth there will have an obstacles to encounter. You will be very careful to make the dream be fulfill.
   Then,time by time, the journey had became a long period and became a memory of those process.

Tanda-tanda orang munafik

Melalaikan Solat Fardu


MELALAIKAN solat fardu bermaksud sengaja melengahkan atau melambatkan mengerjakan solat sehingga habis waktunya. Perkara ini akan mendapat ancaman dan seksaan Allah di akhirat kelak.


Firman Allah s.w.t.:
"Kemudian sepeninggalan mereka digantikan oleh pengganti2 jahat,mereka mensia-siakan solat dan mengikut hawa nafsu,sebab itu mereka menemui kejahatanb(seksa) Allah."~maryam:59


"Maka celakalah (azab)bagi orang2 yang solat,mereka itu lalai daripada solatnya, lagi mereka itu riak dan enggan memberi zakat" ~Al-ma'un:4-7


"Hai orang2 yang beriman ,janganlah kamu lalai kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati allah (solat). Barangsiapa berbuat demikian itu, maka orang yang rugi" ~Al -munafiqun:9


Sa'ad bin Abi Waqqas mengatakan:
"Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang orang yang melalaikan solatnya, maka baginda bersabda, Maksudnya orang yang melambatkannya."~HR. Tirmizi

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mahu menjaga solatnya, maka adalah ia menjadi cahaya dan tanda bukti serta dapat menyelamatkan baginya pada hari kiamat nanti,sedangkan orang yang tidak mahu menjaga solatnya ,dia tidak mempunyai cahaya dan tanda bukti serta penyelamat di hari kiamat nanti, bahkan ia kelak akan berkumpul dengan Firaun,Qarun,Haman dan Ubaiy bin Khalaf" ~HR. Ahmad dan Tabrani

Mengamalkan Riak


RIAK adalah perbuatan orang munafik yang tersembunyi di dalam hati, perasaan dan peribadi dengan niat dan tujuan tertentu.Menurut Imam Al Ghazali ,riak adlah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan perkara2 kebajikan.

Saidina Ali binAbi Talib Karamallah Wajhah berkata ,orang yang bersifat riak itu ada tiga tanda, iaitu malas apabila bersendirian, rajin apabila berada di khalayak ramai dan ia menambah amal apabila dipuji dan dikurangkan apabila dicela.

Dalam Islam perbuatan riak tergolong syirik kecil, merosakkn amal kebajikan, meluntur kemurnian akhlak dan mendapat kemurkaan dan azab Allah.

Friman Allah s.w.t.:
"Maka celakalah (azab ) bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai daripada solatnya, lagi mereka itu riak"~Al-Ma'un:4-6

"Hai orang2 yang beriman , janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia"~Al-Baqarah:264

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil,lalu ditanya oleh sahabat:'Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?'Kemudian baginda bersabda:'Iaitu riak'"~HR. Ahmad dan Baihaqi

"Sesungguhnya orang yang berbuat riak akan dipanggil pada hari kiamat:'Hai orang yang zalim, hai orang yang menyeleweng ,hai orang yang berbuat riak, amlanmu sesat dan pahalamu sia-sia. Pergilah, maka ambillah pahalamu daripada orang yang kamu berbuat amal baginya'"~HR. Ibnu Abid Dunya

Hasad Dengki


HASAD dengki merupakan suatu wabak yang berbahaya yang ada dalamdiri seseorang jika tidak dibendung atau dijaga secara wajarnya.Hasad dengki dapat diertikan sebagai suatu sikap tidak senang atas kenikmatan,kesenangan atau kelebihan yang ada pada orang lain dan berusaha untuk menghilangkan kenikmatan itu agar dapat memilikinya.Denagan demikian hasad dengki boleh menyuburkan perasaan dendam,permusuhan dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain.

Dalam Islam sifat hasad dengki adalah tercela dan tergolong amalan orang2 munafik

Firman Allah s.w.t.:
"Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?"

Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya.

Firman Allah s.w.t."
"Dan daripada kejahatan orang yang hasad apabila ia hasad"

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan"~HR. Ibnu Abid Dunya dan Amir Al-Asy'ari

dalam Islam keharusan melahirkan perasaan dengki terhadap orang lain hanya dalam dua perkara sahaja iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimilikinya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak ada dengki selain daripada dua perkara , iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan pada manusia"~HR. bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar

Dusta


DUSTA merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan yang sebenarnya.Perbuatan dusta adalah amalan orang munafik dan amat dilarang dalam islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan Tuhannya,bahkan dikutuk oleh Allah dan dibenci oleh manusia.


Firman Allah s.w.t.;
Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang2 yang tidak beriman kepada ayat2 Allah dan mereka itulah orang2 pendusta"~An-nahl:105


dusta merupakan suatu perbuatan yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah dan alam kebajikan.


Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafik yang pandai lidahnya"~HR. Abu Ya'la


'Takutlah kamu terhadap prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta pembicaraan"~HR. Muttafaq 'Alaih


"Sesungguhnya dusta itu adalah salah satu daripada beberapa pintu munafik"~HR.Ibnu Adi


"Tanda orang munafik itu ada 3:apabila berbicara berdusta, apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan ia khianat"~HR. Muttafaq Alaih

Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah dan tidak akn memperoleh petunjuk dari-Nya

firman Allah s.w.t.:
"Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 yang melampaui batas lagi pendusta"~Al-Mukmin:28

"Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang2 yang berdusta dan sangat ingkar"~Az-Zumar:3

Mengungkit Kembali Pemberian  kepada Seseorang dan Menyakiti Hatinya


MENGUNKIT kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan supaya dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain.perbuatan ini dicela dalam Islam dan termasuk perbuatanorang munafik.

Friman Allah s.w.t.:
"Hai orang2 beriman janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaannya seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat"~Al-Baqarah:264

Rasulullah s.a.w.:
"Ada 3 golongan pada hari kiamat di mana Allah tidak berbicara.tidak melihat dan tidak pula menyucikan mereka bahkan bagi mereka seksa yang pedih, iaitu orang yang melabuhkan sarungnya hingga ke tapak kaki, orang yang mengungkit-ungkit (pemberian) dan orang yang menawarkan dagangannya dengan sumpah palsu"~HR.Muslim

"Ada 3 golongan yang tidak masuk syurga, iaitu orang yang berani (derhaka)kepada orang tuanya, peminum arak dan orang yang mengungkit-ungkit (pemberian)"~HR.Nasa'i